Tuesday, January 28, 2014

Proud



Assalamualaikum & Aloha ;).
So aku tengah update lam kul 6 pagi. “6 pagi? Srs ke Nina?”
Yes 6 pagi. Y? Sbb today aku teman ayah aku amek kakak aku from STF.
Since STF ni ada org tak tahu. Mai sini aku citakan pasal STF.
((promote sekolah kakak sendiri bhai :B)) *clears throat*
     “STF ni menda?” STF= Sekolah Tun Fatimah   
“Sekolah Berasrama penuh?” Yes.
“Sekolah girls only?” Yes.
“Besar?” Ala semua asrama besar kann. Mestiah besarr!
“Kena bully tak?” Of cos mula2 tu kena. Lama2 ok la tuu [KOT]
“Asal kena amek dia?” Sbb cuti la broo!
“Cuti apa?” Raya cina.
“Berapa hari?” Ni pasal STF la wei. Bukan pasal kakak aku cuti  -_-
“Sejarah sekolah tu plz?” OK.

Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh [SBP] , yang ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran  Malaysia, khas bagi pelajar-pelajar perempuan. Pelajar-pelajarnya adalah dipilih dan ditapis sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara yang  mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR ( Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) dan PMR  ( Penilaian Menengah Rendah ).Sekolah Tun Fatimah telah diasaskan di Durian Daun, Melaka pada tahun  1956 dengan nama ‘ Sekolah Menengah Perempuan Melayu ‘.  Matlamatnya ialah untuk mendidik murid perempuan Melayu terutama dari kawasan luar bandar dari seluruh Tanah Melayu untuk menjadi guru dengan menghantar mereka  terus ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka ( MWTC) selepas peperiksaan LCE / SRP.Pada tahun 1958, ia telah dirasmikan oleh YB Encik Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada masa itu dan diberi nama ‘ Sekolah Tun Fatimah ‘, sempena nama seorang Srikandi Wanita Melayu yang terkenal di zaman Kerajaan  Melayu Melaka.’ Sekolah Tun Fatimah’ telah berpindah ke  premis sekarang pada Ogos 1962 . Pada 25 September  1965  pula DYMM Sultanah Johor, Almarhum  Ungku  Tun Aminah Almarhum Ungku Ahmad telah berkenan merasmikannya.Dari jumlah 80 orang pelajar pada hari itu, ianya telah berkembang kepada  733 orang pelajar pada hari ini dengan jumlah gurunya  seramai 66 orang dan staf sokongan seramai 22  orang. Lebih kurang 1/3 daripada jumlah pelajarnya adalah  pemegang biasiswa Kerajaan dan Swasta.Pada tahun  2006 genap 50 tahun usia Sekolah Tun Fatimah. Perayaan Jubli Emas telah disambut pada  30 Jun hingga 2 Julai 2006 .Majlis ini telah  dirasmikan oleh Sultanah Johor Sultanah Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja pada 1 Julai 2006. Diiktirafkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan pada akhir tahun 2008. Pada tahun 2010, STF telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi kumpulan Kohort Pertama.
--Mesti korang malas nak baca sejarah ni ^NGEH2^--
“STF ni kat ne?” You tell me sir, read the freakin’ history of it.
“Srs weyh aku tak jumpa?” Johor Bahru. >_<
“Kat Bandar ke?” Yup.
“Boleh tak—“OK Q&A SETION IS OVER!
Okay then. Now that’s over. Aku bangga yg kakak aku masuk STF J
It made my family proud and happy and,
It made me proud :’)
I’m so lucky to have a sister to be proud of.
Btw masa mak aku tell kakak aku yang aku masuk mrsm…
Mak aku kata dia cried on the phone.
LOL [x syukur betul]
Sorry3 hahah
Maybe kakak aku dah change hmmm J
“Menda Nina ni tiba2 kata change ni?”
Ahaha well, tu aku bagitahu kat post lain la. Esok kot maybe.
((being awared that kot & maybe sama je maksud :P))
---                                                                                                                    
Ok lah. Aku nak solat subuh dah ni.
Byee^^

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments:

Post a Comment